HEBAT SANGATKAH CINTA..??
atau cuma nafsu semata-mata
jika tiada calon,ramai yang bertanya
mengapa tidak dicari katanya
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
jika cuma sesama manusia
apatah lagi berlainan jantina
hingga agama diletak dibelakangnya
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
jika statusku single mereka hairan bertanya
sedangkan solat lima waktutidak diberatnya
jika ramai tidak buat dipandang biasa
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
menghayati rasa yang terkandung di dada
terlahirnya sajak,puitis nya cinta
lautan api sanggup diredahinya
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
hingga semua nak diserahkannya
katanya memujuk kononya aku yang teristimewa
sedangkan ayat sampah itu dah berkali dijaja
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
kononya hati tulus setia
membukti cinta tanpa diduga
akhirnya tubuh menjadi mangsa
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
"saya suka awak kerana agama"
kalau begitu mengapa mendekati zina
jika benar agama ukuranya
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
mampu membuat diri tersenyum manja
khayalnya meneguk madu cinta
sedangkan yang diteguk racun berbisa
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
sehingga mata yang celik dikata buta
dosa pun dia kata "tak apa"
janji aku kau yang punya
HEBAT SANGATKAH CINTA..??
jawapannya ya
jika mencari cinta yang Esa
bahagianya kekal untuk selamanya..............
I <3 ALLAH.............

No comments :
Post a Comment